Monday, January 3, 2011

Wahh Da Masuk Tiga Bulan..

4 October 2010..Tarikh perkenalan antara kami..Saya tidak menjangka untuk menjalinkan hubungan dengan insan yang bergelar lelaki lagi.Hati ini sudah tertutup untuk insan yang bergelar lelaki.Kosong.Bila kawan-kawan semak balik apa yang pernah diceritakan dalam blog saya sebelum ini all about love.Dan selalu dikecewakan.Saya pun nekad untuk tidak bercinta lagi.ye NEKAD! Tapi itulah bosan gak cakap pasal cinta ni.Sebenarnya saya nak bercinta selepas kahwin.Saya tak nak terlibat dengan cinta lagi..lagi..lagi..Tetapi tarikh itu...erkkk..hurrmmm..Saya tak nak bercinta kawan-kawan..x nak..x nak..x nak..Tapi.......

4 October 2010,at 12:17pm : Salam..ni aina kan..bole kita kawan? sy abg achik..

Hurmm..agak terkejut dengan msg yang diterima melalui FB..Lantas minda saya berputar-putar memikirkan msg itu.4 minit juga masa membalas msg yang diterima..

4 October 2010,at 12:21pm : Salam..ye aainaa ni..oo abg acik ke~

Ringkas dan padat jawapan yang diberikan..hehe..Tetapi tanda tanya masih berada di kotak pemikiran saya.Lantas imaginasi saya pergi ke suatu masa dimana saya dengan adiknya berada di rumah sewa kami..

Acik : " Na..ko nak abg aku X "
Saya :" Sengal cik..X nak aa aku..merepek aa ko ni(sambil berkata dalam hati mcm nak bagi coklat..hehe)"
Acik :" Abg aku tu kuat agama dowh..ciri-ciri yg ko nak tu ada la..Tapi abg aku ni jrg msg ngat..dia suka wat hal die sendiri jek..dia kan blaja lagi tu yg fokus tu"
Saya :" Haha..X pela cik oi..merepek aa ko ni "

Masa tu pada tahun 2007..Lepas habis belajar, lepas habis buat praktikal.Tak tahu nak wat apa kat rumah cari la kerja main-main..Tetapi akibat dari putus cinta yang agak melampau dengan kekasih pertama, saya pun membuat keputusan untuk menetap di rumah sewa menemankan kawan baik saya.Saya sangat sayang kawan baik saya tu.Suka sama-sama, menggila sama-sama, cari kerja sama-sama, merepek sama-sama, masak sama-sama, kemas rumah sama-sama.Selalu ngadu dekat dia kalau saya sedih.Dia peluk saya kalau saya menaggis. Dia tahu kalau saya sedih.Dia je yang pernah tengok saya kantoi menangis dekat tandas.Itu semua pasal cinta pertama la tu..agak merana sekejap..hehe..Tetapi tak sangka pula sekarang saya menjalinkan hubungan dengan abang dia.Seperti mimpi pula.Saya pasti ini angkara si dia yang mahu saya rapat dengan si abang..hurmmm..

Apa yang saya suka dengan hubungan baharu ini ialah.Abang saya sangat jauh dengan saya.Susah untuk berjumpa.Dan hubungan kami tidak seperti hubungan kekasih yang ada pada zaman sekarang.Jarang msg dan call.Saya suka dengan hubungan sekarang. Itu yang saya cari selama ini.Walaupun saya mengiginkan percintaan selepas perkahwinan, tetapi saya berpuas hati sekarang.Saya tidak mengharapkan apa-apa dalam perhubungan sekarang.Kalau dia bukan tercipta untuk saya sekali pun saya akan menerimanya dan tidak akan merungut seperti sebelum ini.

Saya percaya yang ALLAH pasti memberi yang terbaik buat saya. Saya tidak akan merungut lagi dengan apa yang DIA atur buat saya. Saya menginginkan hubungan ini berlandaskan syariat yang betul.Agar perkahwinan yang dibina kelak mendapat barakah.Kalau dia tercipta buat saya saya menrimanya dengan hati yang terbuka.Kerana ALLAH memberikan apa yang terbaik buat saya..

2 comments:

fyra faheera said...

wahh tanhiah ek cik ainaa..
hepy for you jugeee :-)

Wabit PwinseS said...

Uiittt..ko follow blog aku..cepat ngat komen..huhu~

Post a Comment